Tuesday, April 17, 2012

Saturday, March 7, 2009

Selamat Datang ke SERVILLA HOMESTAY Ambangan Height, Sungai Petani

SERVILLA HOMESTAY
@
SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
(UNTUK MUSLIM SAHAJA)
Persekiran moden lagi istimewa - berlatar belakang Gunung Jerai dan berhadapan Tasik Ambangan Height, Servilla Homestay senantiasa menanti anda dan sering melambai-lambai kedatangan tetamunya. Lokasinya berhampiran dengan tempat-tempat strategik - Pusat bandar Sungai Petani, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pantai Utara, Taman tema Carnival Sungai Petani, Institut Kemahiran MARA, Universiti Teknologi MARA dan banyak tempat membeli-belah.

Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air setiap satu. 2 bilik tidur dengan saiz katil 'double' dan satu bilik katil 'single'. Disediakan dapur, peti sejuk, mesin basuh, dan alas seterika serta set asas hidangan. Antara kelengkapan lain ialah set tv, set kusyen dan set meja hidangan. Selimut dan seterika tidak disediakan. Luas seluruh kawasan homestay ialah 6,073 kaki persegi. Untuk keluasan porch / parking, 4 kereta mampu ditampung dalam satu masa (2 di bawah bumbung).

Berhadapan Tasik Ambangan Height

Bagaimana untuk ke Servilla Homestay?

Bagi yang mengguna laluan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, anda perlu keluar menerusi susur keluar Sungai Petani (Utara) / Sungai Lalang. sila lihat peta lokasi untuk ke Servilla Homestay di sebelah.

Dari pusat bandar ke Servila Homestay hanya mengambil masa 10 minit. Sekiranya anda ingin ke Hospital Sultan Abdul Halim atau Hospital Pakar Pantai Utara, ianya mengambil masa 5 minit sahaja. Sekiranya ingin bersantai di The Carnival Water Theme Park anda perlu memandu selama 5 minit sahaja untuk sampai ke destinasi berkenaan. Anda perlu memandu selama 10 minit untuk pusat membeli-belah yang terkenal- Tesco, Alam Moda dan Village Mall dan menjamu selera di Radix Fried Chicken (RFC) Sungai Petani. Bagi anda yang menghantar anak ke instituti pengajian tinggi - Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (10 minit perjalanan), Institut Kemahiran MARA (10 minit perjalanan), AIMST dan UiTM Sungai Petani (20 minit perjalanan).

Kadar Sewa

Waktu check-in dan check-out adalah seperti mana biasa - pukul 12 tengahari. Namun sekiranya menjadi keperluan tetamu, maka waktu check-in dan check-out ini boleh dirunding.

Kadar sewa semalaman adalah seperti berikut :

Satu (1) Malam = RM150.00

Dua (2) Malam = RM300.00
Tiga (3) Malam = RM420.00
Empat (4) Malam = RM560.00
Lima (5) Malam = RM600.00

Bayaran hendaklah didepositkan ke dalam salah satu akaun bank berikut :

1. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad - No. akaun = 1207 4020 0292 40 atas nama Hamdan Mat Isa ATAU
2. Akaun Public Bank Berhad - No. akaun = 3980 1609 25 atas nama Hamdan Mat Isa

Sila SMS / telefon - 019 415 9097 atau 019 454 8497 untuk pengesahan bayaran.

Sekiranya melebihi 5 malam, kadar lebih istimewa akan diberikan (boleh dirundingkan).

Pembayaran dibuat secara bayar dulu (prepaid). Selepas sewaan dibayar maka kunci rumah dan kunci bilik akan diberikan kepada tetamu.

Adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk memulangkan kunci kepada tuan punya servilla Homestay atau wakilnya yang dilantik.

Untuk menghubungi Servilla Homestay anda boleh menelefon :

Haji Hamdan Hj Mat Isa - 019 415 9097 dan 019 447 4097 (danmisauitmperlis@gmail.com) Atau Hajjah Najidah Md Aripin - 019 454 8497 (ustznajidah@gmail.com)